DEFINISI KRAFTANGAN
Keluaran Kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik dan sebagainya.Misalnya Sarawak menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang.
Berikut adalah jenis-jenis kraftangan yang terdapat di Sarawak :
ANYAMAN
Bakul Tambok
Terendak
TEMBIKAR
Labo Sayong
BATIK
Pua Kumbu Sarawak
Antara motif-motif yang digunakan adalah:
Bakul Tambok
- Bakul tambok ini amat popular.Seperti ingan,ia berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu. Bakul ini dianyaman oleh orang bidayuh,mereka menganyam dengan rotan yang disusun menegak dan melintang. Kaum Bidayuh kebiasaanya menggunakan bakul tambok ini sebagai media untuk mengangkut perolehan dari hutan. Penggunaanya pula adalah dengan mengangkatnya di bahu dan kemudian tali lebar pula di sangkutkan pada dahi si pengangkat. Bakul ini diperbuat daripada hasil-hasil hutan seperti buluh,rotan atau damar,daun nipah serta banyak lagi.
- Masyarakat etnik orang bidayuh ini juga amat dikenali dengan topi tradisionalnya iaitu terendak. Saiznya agak besar dan berbentuk kon dan dibuat daripada daun nipah yang dihiasi dengan buluh serta nipah.Ia juga digunakan sebagai pelindung seperti topi di sarawak.Perhiasan bermula daripada bahagian tengah atas dan berwarna hitam dan merah. Tali rotan dijahit di sekeliling topi berkenaan untuk mengukuhkannya. Pada masa kini,terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi sebagai hiasan dinding.
Labo Sayong
- Hasil seni tembikar yang terkenal ialah labu Sayong yang merupakan kraftangan kebanggaan negara dan terkenal di seluruh dunia. Fungsi awalnya sebagai bekas menyimpan air minum di majlis kenduri, telah dipelbagaikan malah kini menjadi salah satu bahan hiasan dalaman yang diminati. Labu sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif bunga padi,pucuk rebung,bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.
- Pembentukan labu bermula di bahagian atas kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ni dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat.Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaanya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan di tempat yang redup untuk menggelakkanya retak. Labu ini dibiarkan selama 15 hari.
- Teknik membuat corak dengan membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir,pengukir besi dan kayu,pengguris dawai,kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar,rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk,belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi. Proses pembakaran Labu sayong tradisional bahan unutk pembakaran ialah sabut kelapa,kayu kering,buluh kering,daun pisang kering dan rumput kering.
BATIK
Pua Kumbu Sarawak
- Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan ‘Kek Iban’. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.
Antara motif-motif yang digunakan adalah:
- Motif fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua
- Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.
- Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.
SERULING ( ALAT MUZIK TRADISIONAL SARAWAK)
- Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sarawak.Bagi masyarakat Kayan,ia disebut selingut.Ia diperbuat daripada buluh.Satong juga diperbuat daripada buluh.Tong pula alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya.Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.
Cara membuat alat musik tradisional suling :
- Bambu yang digunakan untuk membuat suling. Umumnya menggunakan bambu semat sebab ia memiliki tekstur yang tipis dan mudah dilobangi,pengambilan bambu sebagai bahan suling mempunyai tata cara yang telah turun-temurun,kebiasaan ini masih dilakukan sampar sekarang. Bambu yang diambil haruslah berumur leboh kurang lima tahun,hal ini dimaksudkan agar bambu itu benar-benar tua dan tidak akan mereput ketika telah dikeringkan, waktu pengambilan bambu ,iaitu setiap bulan Jun ,July dan Ogos kerana bulan ini adalah bulan kemarau. Sehingga kadar air bambu sedikit,lebih baik lagi pertengahan bulan Ogos sebab merupakan puncak dari musim kemarau. Selain itu ada jam-jam khusus dalam pengambilan bambu ini iaitu jika pengambilan dilakukan pada pagi hari haruslah pada jam 10 pagi sampai jam 12 tengahari dan waktu seterusnya adalah jam 2 sampai jam 4 petang. Sebagai logikannya adalah waktu jam 10 sampai 12 tengahari dan jam 2 sampai 4 petang tersebut merupakan saat dimana kadar air di dalam bambu berkurang. Kemudian penebangan tidak dilakukan dari akarnya,namun disisakan satu sampai dua ruas dari akar,ini dimaksudkan agar bambu tersebut tumbuh kembali. Bambu yang telah ditebang kemudian direndam di dalam lumpur sawah atau kolam ada juga cara yang lain iaitu menggunakan cairan tembakau. Lama perendaman ini dilakukan satu sampai dua minggu dengan tujuan agar bahan menjadi kuat. Setalah perendaman bahan selesai maka mulailah dilakukan pengeringan iaitu dengan cara di jemur.
Fungsi alat muzik tradisional :
- Dalam fungsinya itu, suling hanya menjadi instrumen pelengkap dalam arti biasa dipergunakan ataupun tidak sama sekali. Terjadinya perkembangan fungsi suling tersebut merupakan salah satu fenomena yang sangat menarik dimana suling yang pada awalnya memiliki fungsi sekunder iaitu instrumen pendukung,berkembang menjadi instrumen primer iaitu instrumen utama.
PENUTUP DAN HARAPAN
Dengan ini kraftangan amat penting bagi semua masyarakat kerana dengan menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatan dapat memperkenalkan budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum masing-masing dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog saya. Saya berharap agar kraftangan ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat dan mampu diteruskan pada generasi yang akan datang.
Dengan ini kraftangan amat penting bagi semua masyarakat kerana dengan menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatan dapat memperkenalkan budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum masing-masing dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog saya. Saya berharap agar kraftangan ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat dan mampu diteruskan pada generasi yang akan datang.